Sunday 13 October 2019

7 Pengisar makanan ( Food Processor) Terbaik dan Terbaru untuk bayi !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!!

Apa khabar semua??
A.z doakan semuanya sihat sejahtera, diberkati, dipelihara, dirahmati Allah swt ye semua. (Jom sama-sama aamiinnnn...)

Okay.. entri kali ini A.z rasa nak share berkenaan pengisar makanan/ food processor yang terbaik untuk bayi/anak kita. Semenjak A.z menjadi seorang ibu ni, banyak perkara yang A.z belajar dan investigate (giteww!!) untuk yang terbaik buat my son.. Bila anak A.z 5 bulan macam tu, A.z dah sibuk2 cari food processor terbaik untuk blend makanan yang berkhasiat buat anak ibu. Jadi, A.z berbesar hati nak share dengan korang semua beberapa options food processor terbaik di Malaysia ni..

1. Autumnz - 2-in-1 Baby Food Processor 


Pengisar makanan Autumz 2-in-1 ini boleh digunakan untuk stim dan kisar sekali (sangat mudah!) semua contohnya buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ayam, ikan dengan cepat. Dia ada satu tank air untuk 190m bagi steaming process. Pastu kan, food processor ni boleh muat 500ml makanan dalam 1 masa.. tu yang best tu!! kita boleh buat makanan byk2 pastu freezekan je dlm freezer (jimat masa kan!!!). Makanan tu boleh stim paling lama 30 minit. Kita boleh adjust nak lama mana steam time tu. Dia compact, so easy to bring anywhere everywhere...
Tekan je link A.z bagi ni untuk tgk lebih lanjut..






KALAU BELI, siap dapat FREE
  • 1 set EASY breastmilk/ baby food storage cup (2 oz) white
  • 1 set drying rack
  • 1 pc food feeder
  • 1 pc Minky bib
  • 1 pc heat sensing spoon

2. Empire Baby Bullet Food Processor

Image result for baby bullet food blender


Okay... baby bullet blender ni paling simple and cute je. Dia hanya boleh digunakan untuk blend. Tak ada fungsi stim. Mudah untuk dicuci dan dibawa ke mana-mana. Harga pun berpatutan. Jadi ibu-ibu di luar yang lebih suka untuk stim mkann atas dapur dan nak guna untuk blender sahaja, blender ni the best. Contohnya, nak buat bubur nasi kt anak.

Tekan link A.z bg kt bwh nak tahu harga baby bullet ni..
https://invol.co/clidyz



3. Philips 4-in -1 Healthy Baby Food Maker
Effortless nutritious baby meals


Wahhh... A.z teruja nak citer sal food processor yang ni.. sebab ap??? okayyy.. 4 in 1 tu adalah steam, blend, defrost and reheat uollsss... mana nak cari food processor yang boleh defrost dan reheat skali dengan size yang compact, mudah cuci, harga berpatutan mcm ni. Kapasiti dia 1000ml (besar nyer!!!) Pastu kannnnn.. dia ad bunyi tau untuk notify kita bila dah siap.
Tekan link bawah ni semua untuk tahu lebih lagi spec dan harga food processor yang meletops ni...hehe

https://invol.co/clidz1




4. Philips Avent Essential Food Maker
Image result for philips avent baby food steamer and blender


Next, Philips Avent essential food maker ni ada 2 fungsi untuk stim dan blend skali. Cantik kannnn.... Food maker ni ad jar lock untuk safety purposes. Ibu-ibu boleh check it out
⇣⇣⇣⇣
https://invol.co/clidz2




5. PRADO Malaysia Germany Rusch 4-in-1 Baby Food Maker


Image result for PRADO baby food steamer and blender


Untuk Rusch 4-in-1 food maker ni pulak... Dia pun ada 4 fungsi which is steam, blend, defrost and reheat. Tapi dia kecil sikit. So bagi ibu-ibu yang style suka masak sikit2 untuk anak dia atau ibu-ibu yang tak suka frozenkan makanan anak, food maker ni memang sangat  sesuai. Harga dia lebih murah. Yang paling gerammmmm, dia ad byk warna pastel.. cantikkk .. seronok mata memandang jadi rajin je nak buat makanan best2 untuk anak.. haha.  Boleh tekan link A.z bg kt bwh ni untuk tgk warna lain dan hrga dia sekali...
https://invol.co/clidz4



6. Little Bean All 4-One Food Processor
Image result for LITTLE BEAN baby food steamer and blender


Little bean food processor ni jugak 4 in 1 fungsi dia.. steam, blend, defrost dan heat. Yang bestnye, ibu-ibu boleh control speed masa blend tu. Dia ada slow dan high speed intensity control. So, untuk makanan anak-anak yg dah besar, kita boleh guna yang slow speed supaya makanan tu tak hancur sangat.. So untuk baby yang baru start nk makan contohnya 6 bulan cmtu, kita boleh guna high speed. So, cepat makanan utk hancur dengan halusnya. Jadi, food processor ni ibu-ibu boleh pilih yang terbaik untuk anak-anak.

Link here ..
https://invol.co/clidz6



7. BEABA Babycook 4 in 1 Food Processor
Image result for BEABA baby food steamer and blender


BEABA!!!!! ibu-ibu semua mesti excited nak dengar citer pasal food processor beaba kan?? sape x minat dengan product BEABA kan???? product ni memang highly rated dan mmg proven bagus. Okay, food processor ni pun 4 in one function, stim, blend, defrost dan reheat. Dia besar lebih dari 1000ml. BEABA claimed to preserve the vitamins of the food yang kita guna untuk masak. Selain tu, dia ada clip sistem yang mudah untuk kita bukak dan tutup jar dia tu. Dia ad alert system jugk. Dia akan bunyi bila dah siap. So ibu-ibu yang sibuk, mudah je nak guna ni dan boleh buat kerja lain dalam masa yang sama. Convinient kan??? Dia cantikkkkk.. lagi byk choice of warna dia. Yang gambar tu warna macarons pink. Warna lain ada navy blue, cloud grey, neon white, LIMITED EDITION jade green dan aquamarine blue. Boleh check it out below yeeee kat link A.z bagi tu... Cuma yang tak best sikit, dia agak pricey la. But depends on ibu-ibu semua, bukan selalu beli barang baby kan.. boleh guna untuk anak-anak yang seterusnya. Lagipun confirm worth dengan kualiti dia.. inshaallah. hehe

LINK HERE... https://invol.co/clidz7



Kesimpulannya ibu-ibu, banyak jenis food processor di pasaran yang bagus-bagus semuanya. Ada yang murah ada yang mahal. Setiap food processor ada spec dia masing-masing yang sesuai untuk setiap ibu. A.z hanya mampu bagi detail sikit2 je untuk ibu-ibu compare dan pilih kan. Oh lupa... untuk ibu-ibu yang byk travel, boleh beli lebih dari satu food processor... boleh pilih yang besar untuk letak kat umah je. Pastu pilih yang compact and travel friendly untuk travel.  Mudah kan.. Pilihan di tangan ibu masing-masing. A.z doakan ibu-ibu semuanya dapat pilih food processor yang terbaik untuk buat mkanan terbaik pada anak-anak kita tersayang.  Aamiin.. A.z mohon ampun maaf kalau ada salah silap ye. Okay.. bye2.. ASSALAMUALAIKUM..



Sincerely,
A.Z
~smile with confidence~ 


Sunday 6 October 2019

Im back!!!!!

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...😊😊

Okeyyyyy... Bismillah...
IM BACKKKKKK!!! (Walaupun xtahu sapa yg follow blog a.z ni)

Alhamdulillah. Selepas lebih kurg 6 tahun ( fuyoo lamanyeeee)... A.z teringt kt.blog a.z yg dh berkulat ni. Seriously smpi terlupa dh ap address blog sndiri.. 6 tahun tu kira lama tau. 

Byk bende dan panjang jugk nk citer n nak share kehidupan a.z spnjg 6 tahun menyepi dlm blogging ni. Tpi untk permulaan ni. Alhamdulillah. A.z dah habis belajar dentistry.. A.z dah bekerja kt negeri kampung a.z iaitu ganu kiterrr bohhhh...😂😂.. Pastu a.z alhamdulillah dh kawennnnnn 👫... Dah pregnant 🤰🏻 n dah dpt anakkkkkkk 👶🏻 .  syukur ya Allah.. 6 tahun yg penuh dgn manis pahit tapi keseluruhannya byk nikmat yg Allah swt bg berbanding ujian dan kesulitan. Terima kasih ya Allah...

Mesti ramai nk tahu why im back???? Kannnn...kannn... Sebab pertama sbb rindu bloggingggg... Sbb kedua. A.z rse dh smpi masa a.z utk bantu masyarakat skrg dalam penulisan. A.z ad terfikir tuk bantu kwn2 semua membuat pilihan dan membeli brg. lebih2 lg menerusi lazada atau shoppee... A.z akn bg beberapa options boleh korang pilih yg terbaik.. Mudah kan. Dah semakin tua ni rse nk berbakti pada kwn2 semua dlm berkongsi ilmu. ni kira sedekah jugk tau. inshaallah kita semua mendpt keberkatanNya. aamin ya rabb....
Ok la. skrg entri confirm xleh pnjg2 sgt dah sbb ad si cenonet yg clingy ngn ibu dia. stay tuned ye semua ... Nantikan entri a.z yg berinformatif lepas2 ni tau.  Inshaallah..

فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan”

Sincerely,
A.z
~smile with confidence~