Sunday 13 October 2019

7 Pengisar makanan ( Food Processor) Terbaik dan Terbaru untuk bayi !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!!

Apa khabar semua??
A.z doakan semuanya sihat sejahtera, diberkati, dipelihara, dirahmati Allah swt ye semua. (Jom sama-sama aamiinnnn...)

Okay.. entri kali ini A.z rasa nak share berkenaan pengisar makanan/ food processor yang terbaik untuk bayi/anak kita. Semenjak A.z menjadi seorang ibu ni, banyak perkara yang A.z belajar dan investigate (giteww!!) untuk yang terbaik buat my son.. Bila anak A.z 5 bulan macam tu, A.z dah sibuk2 cari food processor terbaik untuk blend makanan yang berkhasiat buat anak ibu. Jadi, A.z berbesar hati nak share dengan korang semua beberapa options food processor terbaik di Malaysia ni..

1. Autumnz - 2-in-1 Baby Food Processor 


Pengisar makanan Autumz 2-in-1 ini boleh digunakan untuk stim dan kisar sekali (sangat mudah!) semua contohnya buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ayam, ikan dengan cepat. Dia ada satu tank air untuk 190m bagi steaming process. Pastu kan, food processor ni boleh muat 500ml makanan dalam 1 masa.. tu yang best tu!! kita boleh buat makanan byk2 pastu freezekan je dlm freezer (jimat masa kan!!!). Makanan tu boleh stim paling lama 30 minit. Kita boleh adjust nak lama mana steam time tu. Dia compact, so easy to bring anywhere everywhere...
Tekan je link A.z bagi ni untuk tgk lebih lanjut..






KALAU BELI, siap dapat FREE
  • 1 set EASY breastmilk/ baby food storage cup (2 oz) white
  • 1 set drying rack
  • 1 pc food feeder
  • 1 pc Minky bib
  • 1 pc heat sensing spoon

2. Empire Baby Bullet Food Processor

Image result for baby bullet food blender


Okay... baby bullet blender ni paling simple and cute je. Dia hanya boleh digunakan untuk blend. Tak ada fungsi stim. Mudah untuk dicuci dan dibawa ke mana-mana. Harga pun berpatutan. Jadi ibu-ibu di luar yang lebih suka untuk stim mkann atas dapur dan nak guna untuk blender sahaja, blender ni the best. Contohnya, nak buat bubur nasi kt anak.

Tekan link A.z bg kt bwh nak tahu harga baby bullet ni..
https://invol.co/clidyz



3. Philips 4-in -1 Healthy Baby Food Maker
Effortless nutritious baby meals


Wahhh... A.z teruja nak citer sal food processor yang ni.. sebab ap??? okayyy.. 4 in 1 tu adalah steam, blend, defrost and reheat uollsss... mana nak cari food processor yang boleh defrost dan reheat skali dengan size yang compact, mudah cuci, harga berpatutan mcm ni. Kapasiti dia 1000ml (besar nyer!!!) Pastu kannnnn.. dia ad bunyi tau untuk notify kita bila dah siap.
Tekan link bawah ni semua untuk tahu lebih lagi spec dan harga food processor yang meletops ni...hehe

https://invol.co/clidz1




4. Philips Avent Essential Food Maker
Image result for philips avent baby food steamer and blender


Next, Philips Avent essential food maker ni ada 2 fungsi untuk stim dan blend skali. Cantik kannnn.... Food maker ni ad jar lock untuk safety purposes. Ibu-ibu boleh check it out
⇣⇣⇣⇣
https://invol.co/clidz2




5. PRADO Malaysia Germany Rusch 4-in-1 Baby Food Maker


Image result for PRADO baby food steamer and blender


Untuk Rusch 4-in-1 food maker ni pulak... Dia pun ada 4 fungsi which is steam, blend, defrost and reheat. Tapi dia kecil sikit. So bagi ibu-ibu yang style suka masak sikit2 untuk anak dia atau ibu-ibu yang tak suka frozenkan makanan anak, food maker ni memang sangat  sesuai. Harga dia lebih murah. Yang paling gerammmmm, dia ad byk warna pastel.. cantikkk .. seronok mata memandang jadi rajin je nak buat makanan best2 untuk anak.. haha.  Boleh tekan link A.z bg kt bwh ni untuk tgk warna lain dan hrga dia sekali...
https://invol.co/clidz4



6. Little Bean All 4-One Food Processor
Image result for LITTLE BEAN baby food steamer and blender


Little bean food processor ni jugak 4 in 1 fungsi dia.. steam, blend, defrost dan heat. Yang bestnye, ibu-ibu boleh control speed masa blend tu. Dia ada slow dan high speed intensity control. So, untuk makanan anak-anak yg dah besar, kita boleh guna yang slow speed supaya makanan tu tak hancur sangat.. So untuk baby yang baru start nk makan contohnya 6 bulan cmtu, kita boleh guna high speed. So, cepat makanan utk hancur dengan halusnya. Jadi, food processor ni ibu-ibu boleh pilih yang terbaik untuk anak-anak.

Link here ..
https://invol.co/clidz6



7. BEABA Babycook 4 in 1 Food Processor
Image result for BEABA baby food steamer and blender


BEABA!!!!! ibu-ibu semua mesti excited nak dengar citer pasal food processor beaba kan?? sape x minat dengan product BEABA kan???? product ni memang highly rated dan mmg proven bagus. Okay, food processor ni pun 4 in one function, stim, blend, defrost dan reheat. Dia besar lebih dari 1000ml. BEABA claimed to preserve the vitamins of the food yang kita guna untuk masak. Selain tu, dia ada clip sistem yang mudah untuk kita bukak dan tutup jar dia tu. Dia ad alert system jugk. Dia akan bunyi bila dah siap. So ibu-ibu yang sibuk, mudah je nak guna ni dan boleh buat kerja lain dalam masa yang sama. Convinient kan??? Dia cantikkkkk.. lagi byk choice of warna dia. Yang gambar tu warna macarons pink. Warna lain ada navy blue, cloud grey, neon white, LIMITED EDITION jade green dan aquamarine blue. Boleh check it out below yeeee kat link A.z bagi tu... Cuma yang tak best sikit, dia agak pricey la. But depends on ibu-ibu semua, bukan selalu beli barang baby kan.. boleh guna untuk anak-anak yang seterusnya. Lagipun confirm worth dengan kualiti dia.. inshaallah. hehe

LINK HERE... https://invol.co/clidz7



Kesimpulannya ibu-ibu, banyak jenis food processor di pasaran yang bagus-bagus semuanya. Ada yang murah ada yang mahal. Setiap food processor ada spec dia masing-masing yang sesuai untuk setiap ibu. A.z hanya mampu bagi detail sikit2 je untuk ibu-ibu compare dan pilih kan. Oh lupa... untuk ibu-ibu yang byk travel, boleh beli lebih dari satu food processor... boleh pilih yang besar untuk letak kat umah je. Pastu pilih yang compact and travel friendly untuk travel.  Mudah kan.. Pilihan di tangan ibu masing-masing. A.z doakan ibu-ibu semuanya dapat pilih food processor yang terbaik untuk buat mkanan terbaik pada anak-anak kita tersayang.  Aamiin.. A.z mohon ampun maaf kalau ada salah silap ye. Okay.. bye2.. ASSALAMUALAIKUM..



Sincerely,
A.Z
~smile with confidence~ 


Sunday 6 October 2019

Im back!!!!!

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...😊😊

Okeyyyyy... Bismillah...
IM BACKKKKKK!!! (Walaupun xtahu sapa yg follow blog a.z ni)

Alhamdulillah. Selepas lebih kurg 6 tahun ( fuyoo lamanyeeee)... A.z teringt kt.blog a.z yg dh berkulat ni. Seriously smpi terlupa dh ap address blog sndiri.. 6 tahun tu kira lama tau. 

Byk bende dan panjang jugk nk citer n nak share kehidupan a.z spnjg 6 tahun menyepi dlm blogging ni. Tpi untk permulaan ni. Alhamdulillah. A.z dah habis belajar dentistry.. A.z dah bekerja kt negeri kampung a.z iaitu ganu kiterrr bohhhh...😂😂.. Pastu a.z alhamdulillah dh kawennnnnn 👫... Dah pregnant 🤰🏻 n dah dpt anakkkkkkk 👶🏻 .  syukur ya Allah.. 6 tahun yg penuh dgn manis pahit tapi keseluruhannya byk nikmat yg Allah swt bg berbanding ujian dan kesulitan. Terima kasih ya Allah...

Mesti ramai nk tahu why im back???? Kannnn...kannn... Sebab pertama sbb rindu bloggingggg... Sbb kedua. A.z rse dh smpi masa a.z utk bantu masyarakat skrg dalam penulisan. A.z ad terfikir tuk bantu kwn2 semua membuat pilihan dan membeli brg. lebih2 lg menerusi lazada atau shoppee... A.z akn bg beberapa options boleh korang pilih yg terbaik.. Mudah kan. Dah semakin tua ni rse nk berbakti pada kwn2 semua dlm berkongsi ilmu. ni kira sedekah jugk tau. inshaallah kita semua mendpt keberkatanNya. aamin ya rabb....
Ok la. skrg entri confirm xleh pnjg2 sgt dah sbb ad si cenonet yg clingy ngn ibu dia. stay tuned ye semua ... Nantikan entri a.z yg berinformatif lepas2 ni tau.  Inshaallah..

فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan”

Sincerely,
A.z
~smile with confidence~

Sunday 3 March 2013

Saloma Bistro??

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Assalamualaikum uollss....

Sorry for late new entry!!(macam ada rmai followers) hahaa...ahakss...never mind..
A.Z tahu mesti kakak A.Z yg tersayang menjdi pendokong n fanatic follower blog A.Z....hahha..(jgan marah my cutey sis)..

Big titlenya tulis "SALOMA BISTRO"..tapi knpa ckap sal kakak pulak..haa..sebenarnya entri kali ni A.Z nak citer sal penglman A.Z mnjdi salah seorg organisasi berkenaan dgn annual dinner for dental student 2013...

Dengan bangganya..A.Z diberi pilhan tuk jd exco jamuan bgi dinner dental 2013 ni...jd, A.Z terima je jawatn ni sbb kata org, jawatan ni xdela bz sgt..haha...
ok..A.Z dan sorg lagi kwn bertungkus lumus berbincang tempat yang pling hot untuk buat dinner ni..after survey bagai....SALOMA BISTRO berjaya bertatah dihati..hehe....options tmpat lain adalah Legend Hotel,PWTC,Hotel Grand Season..A.Z terfikir tntg SALOMA BISTRO ni sbb selalu tgk dia lam melodi..haha...cam gempak jugak tmpat ni...

Saper rasa nak pegi..ni peta nyer...which is in between of KLCC n KL TOWER...












SALOMA BISTRO time waktu malam..cantikkn!!!

SALOMA BISTRO di siang hari...



untuk information uolls..nama SALOMA BISTRO yg sebenranya adalah SALOMA BISTRO & THEATRE RESTAURANT...
Last Friday night, we (me,another exco jamuan,pengarah n another exco tugas-tugas khas) had a free dinner there...
wow..it's so wonderful..we alls feel very excited for being there...
selamat sales manager dia nk belanja..promote sket..nama sales manager dia adalah MR JAMALIS JAAFAR..such a friendly n kind hearted gentleman...
We ollss order plenty of foods (mkn freela katakan..haha)

nak tgk apa yg A.Z mkn???ni dia...tadaa...

AYAM MASAK MERAH WITH BRIYANI RICE...yummy..urrrr....full!!!haha

bukn tu saja....waitt..tadaa...

MIXED CHICKEN AND MEAT SATAY WITH KUAH KACANG & NASI IMPIT

lastly, for the dessert..A.Z chose...tadadaa.....

BANANA BOAT......yumm..yummm!!!!!!

jap,nak promote mknan lain yang kwn A.Z chose..

CHIKEN CHOPPP!! 

 POTATO apa ntah...forgot already!!haha

CHEESE BAKED CAKE...


SALOMA FRIED RICE...heeehehe...(bukan SALOMA yg masak yer)

All the foods are very tempting n delicious...A.Z hope sgt menu yg dia dh bg tuk dinner dental nanti pun sedap n mencukupi...ALHAMDULILLAH...sbb dpt rasa mknn yg mungkin xakan makan...so expensive uollsss...huhu...bayangkn..satu pinggan 18 hinggit...phiuhh.....telan saliva jela..hahaha...
but klu nak belanja family,seronok jugak n A.Z rasa tmpt ni sesuai tuk family gathering function..

Info sket sal annual dinner dental 2013...
maybe 18th Mei 2013..
P RAMLEE theme..(got headache already,,don't know what to wear)
Nama dinner!!!(meletppss uolls)

"P RAMLEE NIGHT"
-MALAM PESTA MUDA MUDI-

 Ni cam garden decoration in SALOMA BISTRO ni..

 This is the photobooth..SNAP time!!

INSYAALLAH, ni hall dinner A.Z nanti...meriah kan.. hahaa...

For more information about this SALOMA BISTRO...ask mr google k...hehe...
A.Z sangat berharap dinner kali ni penuh dengan barakah dan dirahmati ALLAH SWT..smoga segalanya berjalan dgn lancar dan lebih baik dripada apa yg organisasi harapkan..amin...
SLEEP time already!!!!already late.....A.Z memg tidur awal...jga kulitla katakan..haha...

PERKONGSIAN ENTRI KALI NI...
“Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu,dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (ni’mat)-Ku.(QS. 2:152)
“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. (QS. 2:172)
DOA PERMUDAHKAN URUSAN:
“Ya Allah, Ya Tuhan kami, kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi-Mu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani."
“Ya Tuhanku, lapangilah dada-ku. Dan permudahkanlah segala urusan-ku. Dan ungkaikanlah segala yang tersimpul pada lidah-ku. Dan mudah-mudahan mereka semua dapat memahami segala urusan-ku”. [Toha : 25-28] 
In conclusion..
untuk mendapat sesuatu yg diinginkan..kita mestilah berusaha,berdoa dan bertawakal kpada ALLAH SWT..jgn lupa untuk sujud syukur kepada ALLAH SWT kerana telah memberi rezeki dan permudahkn urusan kita...insyaALLAH..smoga bermanfaat..
selamat malam..
Wassalam...
ASSALAMUALAIKUM...c uolls next entri..
-smile with confidence-
sincerely,
A.Z

Tuesday 26 February 2013

EXTRACTION SESSION!!!

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH SWT yang Maha Pemurah lagi Maha pengasihani
Assalamualaikum uolss....

Boring kan blog A.Z???
hehe...btw...
A.Z nak jugak citer sal extraction...klu sape2 yg tak paham..extraction tu means 
CABUT GIGI!!!

OUCHHSS!!

Alkisahnya begini...mostly,A.Z ad kelas OS (oral surgery). n most probably,this class is like a clinic session..so, last friday..we all must handle one extraction case from one old female patient.
ni first time handle case extraction.selama ni just belajar instrument for extraction n byak lagi..naik sem 2 memg dah start extract patient...
1stly, A.Z group must do examination n diagnosis for the patient..we alls shortformkn dia as E&D!!hehe...
A.Z jd assistant..so,kna menulis all the informations.
after syok2 talk to the pt..kna present E&D kat doktor..time dr. dtg..tups2, A.Z yg kna present..apa lg..tachycardia (heartbeat increase) la jawabnye....
xpela..niat nak belajr..redha je la..present jela..kna marah tuk bljar xpe..hehe...sonok jugk present dpn dr walaupun cm xtahu pape..hehe

KLIMAKSNYE...after lulus present..dr enter one room n discuss bnda lain ngn other coursemates..
A.Z n a few frens must handle de pt..dr suruh cek BP(blood pressure), xpenah2 check BP pt slama ni..huhu...yelaa...A.Z bukan medical doctor to-be..xpela..redah je..slamt mak cik tu ex nurse lpasan LONDON uollsss..hahah..

Then..after check BP n it's normal...then...tell dr n meghrapkan dr dtg n tunjkkn demo cmne nk extract gg....tups..tuppss.....ini ayat dr..
"EXTRACT LA..I WAIT HERE!! IF THERE IS COMPLICATION OR PROBLEMSS...JUST LET ME KNOW...!!!!!!!
oh no...i'm going crazy but ask dr again..
"ARE U SERIOUS DR????
Dr said.."YES..I'M SERIOUS,BUAT JELA...EXTRACT JE PUN!!"
time tu, hanya ALLAH SWT je tahu betapa excitednyer,betapa euphoria nyer!!!!(hiperbola je)..sebenrnya memg takut teramat...hahaha..

Then..xpela..relaks2...u can do it,ALLAH SWT kan ad..hehe..tpi still takut jugak..sbb xtahu sgt pape..

this called 'COUPLAND ELEVATOR'
Function this elevator is to elevate the gingiva surrounding the tooth..
bahasa LAYMAN nye adalah...tuk loose2kan gusi yg surround the tooth yg nak extract tu...
so,leps guna this elevator..baru guna FORCEPS....

forceps ni plak tuk tarik gigi dri socket dia la...

oppsss...lupa nak tulis..sebelum guna elevator tu...kna bgi LA(local anesthesia) kt pt..nak bg pt feel numb..xdela sakit time extract nanti...seronokkan bunyinyer..

ni diaa....X SAKIT PUN!!!!
kitaorg memg pastikan pt feel comfortable n betul2 x rsa pape sebelum extract..hehe

THEN...ALHAMDULILLAH..after about 10 minutes...the tooth come out safely..haha...fuhh...happy sgt n excited sbb dpt experience baru since being a dental student..hahaha...& MOST IMPORTANT REASON SBB HAPPY IS...BUKAN A.Z YG EXTRACT TPI COURSEMATE YG TOLONG EXTRACT KN!!!hahhaa....tpi,menyesal jugakla sbb x extract..cm senang je..hehe...(tu la,jual mahal sgt awal2)

LEFT:SOCKET AFTER EXTRACT THE TOOTH
RIGHT:TOOTH THAT SAFELY COME OUT!!

that's cool right!!!!so, sape2 yg nk kna cbut gg..jgn takut2 lg..xsakit pun..insyaALLAH...byakkn selawat..baca ayat Kursi...semuanya will ok..that's it..

PERKONGSIAN ENTRI KALI NI:

“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya.” (TMQ. at-Thalaq [65]: 3)
“Dari Ibnu Abbas ra., dalam hadis yang menceritakan tujuh puluh ribu golongan yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan tanpa diseksa terlebih dahulu, Rasulullah SAW. bersabda: Mereka adalah orang-orang yang tidak melakukan amalan ruqyah, dan minta diruqyah, juga tidak melakukan amalan tathayyur dan mereka sentiasa bertawakal kepada Tuhan-nya.” (Mutafaq ‘alaih)

CONCLUSIONNYA: Bertawakallah kepada ALLAH SWT, yakin yang ALLAH SWT akan membantu kita..sesungguhnye..smua yg ALLAH SWT takdirkan untuk kita adlah yg terbaik tuk kita n pasti ada hikmah disebalik yg berlaku...jgn takut2 lagi..tanamkan azam, yakinkan hati,khusyukkan doa n serahkn segalanya pd ALLAH SWT..

Wassalam...
Assalamualaikum...

"smile with confidence"

sincerely,
A.Z


Saturday 23 February 2013

Shopping time!!!

Assalamualaikum
Bismillahhirrahmanirrahim
Dengan nama Allah swt yg Maha penyayang lagi Maha pengasihani..

Siapa suka shopping???msti rmai org suka shopping kn!!!tu pun klu duit tngah berkepul-kepul..hehe....
Saya bru balik dri Jusco wangsamaju..
Letihnye..banyak sgt brg yg dibeli contohnya..air mineral....pastu..tak budget pun nk beli kasut...tpi klu dh nama pencinta kasut,memg beli jugak...tadaa!!! N ad brg2 keperluan lain...
Tuk pengetahuan uollss...saya bukan jenis yg suka shopping...xsuka window shopping sume tu..letih..buat penat kaki je.hehe...tpi sy respect jugl org yg suka shopping sbb kdg2 diorg pndai memilih brg..so xdela mmbazir..huhu...dekat 3 jam jugk duk dlm shopping mall tu...seronok!! Tu je kot entri kali ni...happy weekend everyone...jgn sia2kn masa rehat yg Allah swt kurniakn tuk kita semua..

Pengisian entri kali ni,
Jangan boros atau membazir krana itu adalah hobi syaitan...org yg membazir adalah saudara syaitan..nauzubillah...sama-sama kita bermuhasabah diri,buka minda,buka hati,teguhkan iman,dan pecut tuk berubah ke arah kebaikn..insyaAllah...

Assalamualaikum..
C uolls next entri...
" smile with confidence "

Sincerely,
A.Z

Friday 22 February 2013

BE A BLOGGER??

Assalamualaikum..
Bismillahhirrahmanirrahim..
Dengan nama ALLAH SWT yang maha Pengasih lagi maha Penyayang..

This is my first entry in my life...
before this, i never think that i will create a blog and be a blogger...
Actually,i love to write diaries during my primary n secondary school..
hehe...
ok.how i interested to create a blog???
Athe inspirational person is a few famous blogger which is MARIA ELENA N IRENE NADIA MARCELLO...
Mesti sume org dah tahu diaorg ni kan???
check it out uollsss..peliks@blogspot.com n irene..just tulis nama dia..msti terus kuar..hehe
Pastu..just rsa seronok je baca cerita org..so nak jugak publish citer sndiri yg xbrapa best pun tpi insyaALLAH bermanfaat..
Satu lagi harap2 sangat my blog can be one of way for me to berdakwah..jd,dgn buat blog ni..xdela sia2 n insyaALLAH..ianya sebagai ibadah..amin..


ni kak maria n her husband...dia baru kawin..seronok tgk..


Ni irene...dia pun baru kawin..kawin muda!! ahakss..haha

Besides...rmai kwn2 saya yg ad blog..one of them is ANIS ATHIA.. check it out. anis sempoi...cantikkan anis ni..dia dah masuk utusan malaysia newspaper n dah jd model tuk satu shopping online (hijab)...all achievements are started from being a blogger..

LASTLY...PENGISIAN ENTRI KALI NI...
"Wahai pembaca yg patut dikasihani dan tidak berdaya! Apa yang engkau dapat dari membaca al-Quran hanyalah berupa gerakan lidah. Seandainya engkau merenungkan apa yang engkau baca, maka hatimu akan hancur oleh apa yang membuat rambut Rasullullah s.a.w beruban. Tetapi kalau engkau sudah merasa cukup puas hanya sekadar menggerakkan lidah, engkau tidak memperolehi buah al-Quran " – Imam Al Ghazali (dzikr al-maut wa ma ba’dahu -ihya ulumuddin)..

In conclusion: Bacalah terjemahan supaya kita memahami isi AL QURAN dan kita dapat beramal dengan semua perintah ALLAH SWT...

Semoga segalanya bermanfaat tuk semua...
ok..c uolss next entri.insyaALLAH.
assalamualaikum...


"smile with confidence"

sincerely,
A.Z...